Assalamualaikum to everyone.
Salam 1 Malaysia.
Mari sedekahkan al-fatiihah untuk insan ini, Ashraf Abdul Aziz,25 yang meninggal dunia 5pagi tadi di Hospital Sultanah Zahirah,Kuala Terengganu kerana mengalami sakit jantung dan tekanan darah rendah. Apepun kisahnya yg menggemparkan bbrp minggu ini kerana gagal menukar namanya kepada Aleesha Farhana, sebaiknya bagi saya jadikanlah teladan bersama. Fikirkan bersama buruk baik dan betul salahnya di sisi agama. Dalam masa sama sebagai manusia dan saudara seislam kita perlu menghormati sensitiviti serta perasaan keluarganya.
Sebagai manusia yang Allah berikan minda dan akal untuk berfikir, kita yang masih tinggal bernafas di dunia segera ambil ini sebagai iktibar dan jangan sering mengulangi lagi istilah 'semua manusia tidak sempurna dan berbuat salah' sebagai alasan sepanjang hidup kita.Allah berikan kita akal fikiran untuk memilih yang mana benar dan mana salah. Allah juga Maha Pengampun dan Penyayang.