Ole ole dari kawan baik dari terengganu, alhamdulillah. Tu sotong sumbat pulut tunjuk saiz kecik je, ada satu lagi bekas yg saiz gergasi kihkih..candat sendiri katanya..musim candat nak berakhir dah kan..so dia pun pakat balik nak candat saja.Suami takleh join sebab pegi course, padahal itulah yg didamkannya since tahun lepas lagi..kasihan..
Nasi Arab lagi ~
Malam tadi punya story..melayan Nasi Arab di Shah Alam di sek7, tempat biasa cuma this time ngan family mentua. Semalam theyolls ni kan datang mengejut je, adeii sakit jantung jap..nasib baik umah tak bersepah bajet hari hari rajin kemas umah.haha MIL datang singgah kebetulan temankan my BIL menghafaz Quran di Masjid Shah Alam, tu yg singgah mengejut.Malam tu pakat pakat janji ngan adik beradik lain gi makan sama sama kebetulan ada yg nak berbuka puasa.So cantik sangatlah. Simple simple je dan orang nak belanja haruslah terima hew.
Adik kakak ~
Si buudak manja..arini minta kak copi suapkan nasi goreng.. sambil mulut tak henti potpet.. dari semalam diorang tak tanya ayah takde..macam tak kisah pun..pagi tadi kak copi tanya skit, eh ayah mana ,gi keje ya? a'ah..ibu jawab pastu dia terus tak kisah..
diorang ni mmg close, kalau tido malam kadang kadang amim ni suka peluk kakaknya.
diorang ni mmg close, kalau tido malam kadang kadang amim ni suka peluk kakaknya.
Pisang Goreng Cheese di Pak Tam Nasi Ayam
Restoren Pak Tam Nasi Ayam di Seksyen 23 Shah Alam, dah tiga empat kali juga kami makan kat sini since tahun lepas lagi, pastu dah jadi feveret kami sekeluarga, sebab nasi ayam dia ada choice yg ayam goreng atau ayam golek..harga pun berpatutan,rasanya best.. selain tu banyak stall lain yg best kat sini tu yang seronok melepak lama sikit..paling feveret pisang goreng cheese pun ada..layanz..
Semestinya Pisang Goreng Cheese ~
CPUV yang meriah~
Minggu yang tak besh ni kerana suami outstation seminggu, dapatlah layan dunia online lebih sikit..itu je kebaikannya, pagi tadi jenguk Nuffnang, alhamdulillah ada 8 CPUV sedang running, . Pagi tadi baru 20 minit drop encik suami kat opis, keta dah tersagat batu,biasalah pemandu berhemah,nescaya suamiku balik next week nanti kena ceramah,alhamdulillah. at least bebelan somi itu lebih best nak compare seminggu kami kena tinggal kesunyian tak best langsung kan..duk bertiga je ngan camim and copi..
Tadi gi post office, camim dah robohkan meja tempat letak mesin no giliran tu..lagi sekali..sempat sorang uncle tu tahan mesin tak jatuh.selamat. maleh dah nak cakap..lepas ni tinggal dalam keta je kalau cuaca tak panas,zalim la pulak kedengarannya..ayyooo
Pastu gi cuci keta..bangla yg vacuum tu pun serabut tengok keta, bawah seat penuh potato fries..banyak giler..patutlah semalam makan cepat je abisnya..tapi tak sorang pun cakap menda tu jatuh berterabur...
eh ni nak cite cpuv ke nak cite pasal apa yer...haha
Kad Birthday dari Libresse sy rasa istimewa
Birthday dah aritu lagi..tapi banyak pula kad ucapan datang berterbangan..memang banyak..ada la beberapa keping by postage.. tapi satupun takde dari kawan..hihi hampeh..kawan tak hingat kita dah macam zaman skolah dulu zaman koleh dulu.. ni zaman kawin beranak pinak langsung takde wish pun..
yang banyak tu dari entah hape hape.. dutch lady la, tomei la..poh kong apa lagi .. mana tah anak anak dah buat kapal terbang dan sampan.. biasalah anak kita kan kreatif inovatif kan..tapi ni yg dari Libresse kan sy suka la pulak..sebabnya dia comel.saya kan suka benda comel..
taraaaaa
kad 3D gitewww thats why la kami anak beranak suka sebab dia chomel..thanks Libresse, saya mmg pengguna setia Libresse.
Si koko bulus yang gebus ~
Haa suka hati hakak je kau buat bahasa cacamarba kan.. nak bayangkan betapa geramnye kat si KOKO ni, ni kucing my SIL ..memang gebus. Beberapa minggu lepas melawat rumah baru my brother ni, diorang mmg la pencinta kucing..memang bersepah kucing kat rumah diorang ni.
Tapi yg paling menyerlah si KOKO ni, usianya baru 10bulan gitu dah debab cenggini tau..sape tengok rasa nak tepuk tampar je punggung dia sampai dia naik marah..kihkih tapi kan dia tak reti marah sebab KOKO ni baik hati sangat,manja, penyayang dan pengecuttt sangat orangnya~ aritu datang pun dia asik main kejar kejar ngan kak Sufi..serius ni dia lucu tu yg orang jatuh cinta kat dia..kalau dapat sekor macam koko ni nak bela kat rumah bahagia gaknya..
my SIL kata budak ni pengecut tahan gaban,tak pernah lepas dr grill rumah tu..bagus jugak kan..takdelah hilang sebab kucing camni mudah sgt ngikut orang lain.so siapa yg ada baka camni tak kisah kaler ape, jantan lagi bagus..mmg nak letgo percuma bolehlah kasi kat saya..pleaseeee
Selamat Hari Guru 2014~
Selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia, didunia.. mulianya job sebagai cikgu,melahirkan insan insan berilmu..Tahun ni kiranya first time sambut hari guru setelah sekian lamanya tak ambik port ya..sufi dah sekolah, maka hari ni sambutan di PASTI, cikgu suruh bawak sikit juadah je then kalau parents nak attend sekali meriahkan majlis lagi bagus katanya.
Rajin sikit semalam, buatlah sikit biskut coklat oat susu untuk dibawa kejamuan makan tu,dapat 3 box okeylah, then prepare sikit hadiah untuk cikgu Sufi..yang simple je..kebetulan ada packaging box Chipsmore siap jual di Tesco memang susuai sgt lah Sufi nak kasi kat cikgu-cikgu dia.pemberian kecil je,budak-budak kan..
Jasa baik cikgu kita tu, walaupun hadiah besar mana tetap tak dapat balas jasa mereka yg ikhlas berkongsi ilmu, hadiah terbaik rasanya adalah doa dari kita kan... then ibu cakap, sempena hari guru ni, boleh juga panggil ibu ni cikgu , hehe sebab ibu pun mengajar sufi di rumah 24jam..
Lagi ibu cakap pada sufi, doalah semoga cikgu sufi sayang sufi lebih lepas makan cookies ni ya
then Sufi cakap, baiklah Cikgu Tiemah..~ kihkih
18SX ~ Bila si dia masuk dalam kain..!
18SX la sangat ya..saya masih terpinga,terkedu sampai la arini.. oh tragedi Mei betullah, nak tahu tak..betul memalukanlah~ last week saya ke post office..haritu terlambat sikit datang nak mengepos order para customer ,kiranya memang muka saya dan si kecik camim ni dah separa la femes kat post office tu.
Hari tu dalam kul 11 dah, takut lambat pickup kak sufi kat tadika so lambatkan terus ke 11.30 ambik kak sufi dan ke post office.Jadi haritu pergi bertiga.Dahlah ramai sgt orang tunggu giliran pun sambil berdiri. Kak sufi dan syamim biasalah bikin kecoh lari sana terjerit lagi.Poning. tetiba je Camim hilang.
Tahu tak jumpa dia katner.. Camim main hide and seek, dia nyorok dalam skirt ibu ~ blushing..
boleh tak perasan langsung dia masuk dalam tu..serius..mana nak tepek muka pun tak tahulah time tu mmg ramai giler orang duk belakang kitorang ni.. and saya tak tahu apa reaksi diorang tu sebab saya dah tak angkat muka langsung..buat nerd sampai kesudah..
boleh bayangkan berapa tinggi camim angkat skirt ibu time dia nak nyorok dalam tu? bolehkah.. apakah...ya hampun..sewel jap ibu ni.......grrrrrrr
Hari tu dalam kul 11 dah, takut lambat pickup kak sufi kat tadika so lambatkan terus ke 11.30 ambik kak sufi dan ke post office.Jadi haritu pergi bertiga.Dahlah ramai sgt orang tunggu giliran pun sambil berdiri. Kak sufi dan syamim biasalah bikin kecoh lari sana terjerit lagi.Poning. tetiba je Camim hilang.
Tahu tak jumpa dia katner.. Camim main hide and seek, dia nyorok dalam skirt ibu ~ blushing..
boleh tak perasan langsung dia masuk dalam tu..serius..mana nak tepek muka pun tak tahulah time tu mmg ramai giler orang duk belakang kitorang ni.. and saya tak tahu apa reaksi diorang tu sebab saya dah tak angkat muka langsung..buat nerd sampai kesudah..
boleh bayangkan berapa tinggi camim angkat skirt ibu time dia nak nyorok dalam tu? bolehkah.. apakah...ya hampun..sewel jap ibu ni.......grrrrrrr
Dah jumpa dah Kermit the frog~
Amacam ?
sama tak si katak comel atas ni dengan si Kermit ?
si katak atas tu nama dia Kuttub Uddin hokey~
Spende lama di Taman ~
Disuatu petang yang damai, kami sekeluarga ke Taman Tasik Kelana Jaya dengan semangat berjogging penuh motivasi, bawak skali dua budak bahagia ni, setelah penat pusing satu round, kami pun melepak di meja sambil minum dan borak borak.
Dua budak bahagia yang sangat talkative ni pun berjoget joget atas meja sambil menyanyi dan bernasyid, mulanya ibu sangat bangga bila diorang ni baca surah alfatihah, pastu doa makan..bla bla Alhamdulillah sejuk perut ibu ni..bila orang lain kat taman kat sekeliling ni pun cam terpegun je ngan suara cam hon lori balak diorang ni..
tapi kan
sampai part tetiba diorang duk menyanyi
tilam lama tukar baru ,surat khabar lama, besi lama , , bateri lama
spenda lama..
spenda lama
blushing!!
mamat mamat endon kat tepi pun dah terbahak bahak..
kannnn .malu ibu tauuu
malu~
Darlie, KFC, Olay dan Volkswagen
Lama tak membelek blog, lama tak jenguk nuffnang, bertingkek tingkek upanya CPUV, alhamdulillah..memang malas nak update blog sebab internet kalut..ni Nuffnang bagi sket motivasi agaknya, nantilah kita layan sikit kalau rajin..boleh?
Tahniah Misha Omar sah isteri Firos~
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru pagi ini, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly sekitar 9.30 pagi tadi.
Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat.
Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)
amazing animals
(31)
amazing pictures
(145)
amazing stories
(79)
berita semasa
(72)
free sample product Malaysia
(12)
gambar anak artis comel
(17)
gambar kahwin artis
(11)
gosip artis
(151)
hasil bercucuk tanam
(9)
hiburan
(126)
humor
(12)
islamik
(76)
kek oh kek
(9)
lagu dan lirik
(18)
motivasi diri
(42)
Nuffnang
(18)
other piece of me
(262)
pelik
(10)
people in the worlds
(27)
review produk
(15)
review tempat menarik
(15)
tips ajar anak
(7)
tips bertani
(20)
Tips cari duit poket sambil seronok berblogging.
(24)
tips sihat dan cantik
(15)
Wordless Wednesday
(42)