Pages
▼
Pesona Ros Jepun ~
Saja la nak share ros jepun terbaru yang saya tanam, dah mula glowing tu yang hepi.. bertambah koleksi warna Ros Jepun sedia ada .. dah tambah beberapa kaler baru gitu makin meriah taman bunga,macam biasa ler khen, sumbernya dah tentulah ambik dari rumah bonda terchenta hehe ~ Ada beberapa email saya terima nak beli dan bertanya tentang bunga ros jepun ni, sebenarnya saya tak jual ini cuma hobi saja..tetapi siapa yang nak kongsi hobi ni, boleh email saya ya,kita chit chat. Bunga ni senang sangat nak hidup dan membiak tak rugi menanamnya, bunganya pun pelbagai . Thanks sudi baca entri bunga disini ya ~
Pegaga gergasi ~
Sedang tunggu pegaga plus size saya membesar, so far dia dah mula sihat... tak sabarnya tunggu saiz dia cam gergasi .. hehe memang besar tau..dia bukan macam pegaga kampung saiz biasa yang kita buat makan ulam tu, ni bila dia dah gebus..mmg cantik.. saiznya boleh besar tapak tangan dewasa, geram je tengok..
Untuk suamiku ~
Untuk suami ku tersayang, , isterimu mendoakan kejayaanmu selalu di dunia dan diakhirat nanti,InshaAllah.. kerana pastinya dirimu termasuk dalam senarai insan insan kesayanganku, semoga Allah SWT melindungimu selalu, memberimu kesihatan yang baik.. semoga kita akan terus seiring sejalan mencapai matlamat perkahwinan terindah..mengasuh dan mendidik anak anak permata hati anugerah Ilahi..Terima Kasih O Allah memanjangkan usia suami hamba..Terima Kasih O Allah menghadirkan lelaki ini sebagai suami kepadaku dan bapa kepada anak anak ku ~
Cek Nuffnang ke 7 ~
Alhamdulillah, cek ke 7 dari Nuffnang dah sampai semalam, dah masuk CDM pun tak ingat snap gambo..so far walaupun tak dapat aktif sangat update blog cam dua tahun lalu, tapi masih juga dapat income sikit sikit..tahun ni dapatlah cashout 2 kali rasanya.Terima kasih Nuffnang dan para pengiklan,serta para tetamu blog ni yang sudi klik klik ~