Gambar Majlis pertunangan anak dara Rosyam Nor, Arniesha Azureen.

[Gambar] Taufan Sandy New York, Liyana Jasmay dan Juliana Evans turut terlibat.






Semalam Taufan Sandy, yang membadai kota New York, Amerika Syarikat. Difahamkan akibat kejadian tersebut, semua pengangkutan awam Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik. Kejadian itu juga dilaporkan sebagai bencana alam paling terus yang melanda kota metropolitan itu.

Bagaimanapun menurut laporan berita tempatan, semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat. Termasuklah dua artis kita yang kini menetap di sana iaitu pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Evans.


Beberapa jam lalu, berdasarkan akaun Twitter Liyana Jasmay menulis, situasi di sana sangat buruk - angin kuat. walaubagaimanapun pelakon itu mengesahkan yang dia berada dalam keadaan baik. Lagipun kawasan rumahnya berada dalam zon selamat - walaupun dekat dengan laut.

Liyana Jasmay sedang menyambung pelajaran jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, sejak Julai lalu. Dia dijangka menamatkan pelajarannya sekitar Disember ini. Sekembalinya dia ke tanah air nanti, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya pada 24 Januari 2013.


Sementara itu, menerusi akaun Twitter Juliana Evans @ Jue juga mengkhabarkan kawasan tempat tinggalnya dalam keadaan baik.


Jue menyambung pelajaran dalam jurusan bidang komunikasi massa di Universiti Michigan, Midwestern, Amerika Syarikat.


Lagi gambar Taufan Sandy yang merosakkan bandar New York.









Gambar Taufan Sandy New York,Liyana Jasmay dan Juliana Evans turut terlibat,gambar taufan sandy

Arpan bangga ada 25 jari





KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.


BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.

Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.


Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.


“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.


Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.


Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.


Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.


“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.


Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - TS


Tangan hancur tersepit mesin.




SEORANG pekerja kilang papan tidak sedarkan diri selepas cedera parah apabila tangan kirinya hancur tersepit

pada mesin pemotong papan di Sejingkat, Kuching semalam.


KUCHING - Malang menimpa seorang pekerja kilang papan apabila tangan kirinya hancur selepas tersepit mesin pemotong kayu di Sejingkat di sini semalam.


Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku apabila pergelangan tangan pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu tersangkut pada mesin berkenaan ketika sedang mengendalikan alat tersebut bersendirian.


Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari pekerja lain selepas mendengar jeritan mangsa.


"Salah seorang pekerja kilang kemudian bertindak menutup suis mesin pemotong itu.


"Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Umum Sarawak selepas tangannya dapat dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi semalam.


Difahamkan, mangsa tinggal di asrama kilang tersebut kini berada dalam keadaan stabil walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius.



Di sebalik kisah gadis jelita ini,sebenarnya lelaki.





Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.


Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke'wanita'annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki.Dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan pada saat berumur 17 tahun.


Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy.Dia mengalami kesakitan yang luar biasa,tapi demi 'cita-cita'nya menjadi seorang perempuan,dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu.Setelah dia berubah menjadi 'perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.




Dua tahun setelah melakukan pembedahan,Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun.Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi.Tidak seperti wanita transgender lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.


Oleh kerana itu,dia pun ditawar sebagai Model,Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand.Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat.Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland.'Nong Poy Treechada' yang nama sebenarnya 'Treechada Petcharat',dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki ThailandLihat gambar asalnya semasa kanak-kanak :


Biodata Nong Poy:
Real name: Treechada Marnyaporn
Familiar name: Nong Poy
Height: 171cm
Weight: 48kg
Size: 33-24-36
Occupation: Singer, Model, Actress


..

Kebaikan Vitamin C.






Kebaikan Vitamin C
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



Saya baru belajar-belajar nak makan vitamin C,untuk anak2 tersayang juga.





Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari


Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.


Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.





Kebaikan Vitamin C, other piece of me, kebaikan vitamin c, tips sihat dan cantik, 

Seni ukiran atas hamparan salji.







Simon Beck adalah orang di sebalik terhasilnya seni ukiran besar ini. Idea yang sangat menarik dan agak sukar dilakukan kerana memerlukan ketekunan yang amat tinggi. Ukiran ini lebih menarik kerana ianya dihasilkan dengan hanya berjalan kaki merentasi kawasan liputan salji ini!

Jodoh tersilap dail,kahwin OKU.





PASIR MAS: Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu.

Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).


Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.

Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.

“Sebenarnya perkenalan ini tidak disengajakan kerana saya tersilap mendail nombor telefon. Sejak itu, saya berasa selesa berkomunikasi dengannya menyebabkan hubungan semakin rapat.

Ajaran terlampau ,cucuk guna garpu panas.






JEMPOL: Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia 40-an selepas kematian bapa manakala ibu mereka yang dikatakan pemabuk, sudah lama menghilangkan diri.

Menurutnya, akibat berang dengan sikap mangsa yang dikatakan gemar bersosial serta sering pulang lewat ke rumah, suspek mencurah air panas ke paha mangsa sehingga melecur teruk, Sabtu lalu.

“Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Jempol mendakwa dia juga dicucuk dengan garpu yang dipanaskan dan sebelum ini abang iparnya itu juga pernah memukulnya dengan rantai anjing.

“Bagaimanapun, pihak hospital belum memberi laporan penuh kecederaan mangsa yang belum dapat memberi keterangan terperinci berikutan masih trauma,” katanya.

Hamzah berkata, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10 malam kelmarin, iaitu kira-kira setengah jam selepas polis menerima laporan kes berkenaan daripada Ketua Kampung Pekan Jelai yang prihatin nasib mangsa.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan dan kes sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


Wajib Baca! Bahaya Pil Kurus.





PIL Duromine boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa merujuk kepada doktor terlebih dulu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.


Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).



Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.



Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.



Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.



Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.



“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.



“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.



Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.



“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.



“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.



Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.



Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.



Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.




Ameng Spring berkarya disebalik tirai besi.





SABARIAH mengelap air mata kesedihan semasa menziarahi suaminya Ameng 

bersama anak mereka, Wan Ammar Haikal di Penjara Kluang, Johor 


KLUANG – Kehidupan di penjara tidak menghalang vokalis kumpulan Spring, Ameng untuk terus berkarya menghasilkan lagu-lagu menarik khusus untuk peminat.


Ameng yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada April 2011 akibat kesalahan dadah, mendedahkan dia telah menghasilkan 10 buah lagu sepanjang berada di balik tirai besi.


Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, hampir semua lagu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman dia ketika menjalani hukuman di Penjara Kluang di sini.


“Salah satu lagu saya yang bertajuk Tangisan Generasi menceritakan mengenai penyesalan saya dan bagaimana saya boleh lupa diri sekali gus mengajak peminat untuk sama-sama bangkit daripada kejatuhan,” katanya ketika ditemui di Dataran Insaf Penjara Kluang sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha semalam.



Gambar terbaru Elly Mazlein , digosip putus tunang.






TERLALU banyak hati yang perlu dijaga hingga memaksa dia mengunci mulut. Secara peribadi, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein akui dia belum bersedia untuk tampil ke depan bercerita sejauh mana kebenaran cerita dirinya yang dikatakan sudah putus tunang hingga mendapat liputan meluas di laman blog dan akhbar, ketika ini.

Ternyata, walau diasak macam mana sekali pun, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini cukup berhati-hati untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Minta maaf, saya belum bersedia nak menjawab sama ada diri saya masih memegang status tunang orang ataupun sudah putus. Apabila sampai masanya nanti, barulah saya bersedia untuk buat kenyataan sama ada ia berita baik ataupun buruk. 

Elly Mazlein semasa bertunang dengan Azmi Hatta

“Soal jodoh ini, saya ingin serahkan kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ada jodoh kami, alhamdulillah kerana saya sentiasa mengharapkan benda yang baik-baik saja dalam hubungan itu. Saya sangat berharap peminat di luar sana, doakanlah yang terbaik buat kami,” katanya.

Elly juga menafikan dirinya sengaja bermain teka-teki dengan pihak media dan peminat mengenai status dirinya ketika ini.

“Sebagai wanita, saya cuma ingin lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Lagipun ini soal yang terlalu peribadi. Insya-Allah, saya akan menepati janji. Berita baik atau sebaliknya, saya tetap akan beritahu pihak media kelak.

“Apa yang pasti, dugaan dalam bertunang ini memang hebat, macam manalah apabila kami sudah berkahwin nanti?. Saya melihat dugaan itu dari sudut yang positif kerana ia akan membuatkan kita belajar, menjadi lebih cekal dan dewasa. Allah sayangkan umatnya dan apa yang diuji itu juga penuh dengan hikmah,” katanya.


Mengimbas majlis pertunangannya sebelum ini, Elly, 32, dan pengarah drama dan filem Azmi Mohd Hatta, 37, mengikat tali pertunangan lebih setahun lalu.

Majlis pertunangan mereka berlangsung ringkas tapi meriah di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, tanggal 29 Mei tahun lalu. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu dikatakan bakal bernikah pada Februari lalu, namun ia masih tertangguh.

Soal perancangan untuk berkahwin pula, Elly sendiri mengakui dia memang sudah pun bersedia untuk membina keluarga.

“Pada usia yang mencecah 30-an sekarang, saya juga sudah bersedia untuk berumah tangga tapi soal jodoh ini tetap ketentuan Tuhan. Saya dan Azmi bertunang pada Mei tahun lalu dan kami memang sudah ada tarikh untuk berkahwin cuma tidak beritahu pada orang pun ketika itu.

“Memang sudah menjadi cara saya yang tidak suka kongsi cerita peribadi dengan peminat, sejak dulu. Sama seperti ketika saya nak umumkan berita kami nak bertunang dulu. 

“Begitu juga ahli keluarga, mereka sentiasa memberi sokongan padu dari belakang. Keluarga tidak pernah mendesak saya kahwin cepat kerana mereka hanya menunggu apa saja keputusan yang saya buat,” katanya.



Menyentuh perkembangan karier seninya pula, Elly yang lebih sedekad bergelar anak seni mengakui dia tidak ingin melepaskan peluang beraksi dalam filem Awan Dania The Movie arahan Rashid Sibir dan terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu.
Filem itu diterajui Scha Al Yahya, Jehan Miskin, Rusdi Ramli dan ramai lagi. 

Kali terakhir dia berlakon ialah menerusi filem Tangkai Jering pada 2005. Filem lain lakonannya sebelum ini ialah Gerak Khas The Movie dan Janji Diana.

Elly berkata, dia tertarik beraksi dalam filem itu kerana watak antagonis, Tania yang dilakonkannya ada kelainan dan turut mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.


“Saya adalah ahli keluarga baru dalam cerita Dania tapi ia bukan halangan untuk saya mencari keserasian dengan Scha dan Rashid sendiri. Saya pernah bekerjasama dengan Scha dalam drama Bella dan Rashid pula sudah dianggap seperti guru dalam lakonan kerana kami banyak bekerjasama dalam drama terutama dalam cerita seram sebelum ini.

“Saya harap peminat akan dapat menerima kehadiran saya dalam keluarga Dania ini bila menonton filem ini di pawagam nanti,” katanya.

Single Sabarlah Hati kisah cinta Elly

ENGGAN mengulas lanjut cerita pertunangannya itu, Elly percaya sampai masanya dia fokus pada ‘single’ terbarunya sekali gus kemunculannya semula dalam bidang nyanyian selepas tujuh tahun tidak ada album baru. 

Kata Elly, single berjudul Sabarlah Hati ciptaan Manusia Putih itu terbitan EM Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia.

Bercerita lanjut mengenai single itu, kata Elly, ia dirakamkan pada Ramadan lalu dan proses ‘mastering’ juga sudah siap dan ia dibuat di Australia. 

Ditanya sama ada ‘single’ itu ada kaitan dengan kisah cintanya sendiri, Elly enggan mengulas lanjut.

“Ramai yang cakap lagu ini adalah kisah cinta saya. Apa yang saya boleh katakan, lagu balada ini pasti akan menyentuh hati peminat kerana ia menceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan dan dalam proses memujuk hati yang luka. Mungkin ia ada persamaan dengan kisah masyarakat di luar sana tapi ia hanya secara kebetulan saja. 

“Secara peribadi, saya sangat teruja dengan kehadiran ‘single’ terbaru ini yang akan diputarkan di stesen radio tidak lama lagi,” katanya.
Gambar terbaru Elly Mazlein yang digosip putus tunang, gosip artis, hiburan, gambar Elly Mazlein dan tunang

Janji tunang 5 wanita serentak,hati-hati dengan laman cari jodoh!




BUKTI...Nina dan Wani yang menjadi mangsa lelaki kasanova menunjukkan laporan polis mereka.

SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh  sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.


Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan empat lagi wanita lain.



Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang mereka turut dikikis lelaki sama.


“Saya percaya dia ada tidak kurang 20 teman wanita yang semuanya dikenali menerusi laman web mencari jodoh sama. Setakat ini, saya dapat hubungi 10 daripada mereka dan empat dijanji untuk bertunang pada tarikh sama dengan tarikh pertunangan saya,” katanya ketika ditemui semalam.


Menurut Wani, ketika berkenalan dengannya September tahun lalu, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Marzuki, 37, berasal dari Terengganu dan bekerja sebagai kontraktor.





Hattan bakal rujuk semula Arianie,bekas isteri pertama.






“SAYA tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat,” kata Datuk Hattan, 48, apabila diminta mengesahkan desas-desus dia bakal menyunting bekas isterinya, Arianie Mohd Abidin sebagai suri hidupnya semula.


Rockers terkenal kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu mengaku, dia sangat memerlukan Arianie di sisinya.


Tanpa kehadiran isteri, hidupnya seakan-akan tidak lengkap, bahkan sebagai bapa, dia tidak sanggup melukakan hati putera tunggal kesayangannya, Adam Eiman tidak pernah berhenti berharap mahu melihat hubungan mereka kembali bertaut.


“Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik.




Bekas isteri pertama Hattan, Arianie Mohd Abidin



“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.


“Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.


“Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah,” katanya yang belum menetapkan tarikh majlis.


Dalam ceria, penyanyi yang popular dengan lagu Mahligai Syahdu dan Rindu Bertandang lagi berkata, kesilapan ketika mengemudi rumah tangga sebelum ini membuka mata dan mindanya terhadap banyak perkara, sekali gus menggerakkan hatinya melakukan transformasi ke arah lebih baik.


Mana sikap yang tidak disenangi Arianie dibuang jauh-jauh, malah dia sentiasa muhasabah diri. Akui Hattan, mereka tidak ubah seperti mula-mula kenal dulu di mana masing-masing dalam proses kenal hati budi.


“Saya selalu renung semula kesilapan lalu dan buang mana tingkah-laku yang tidak disenangi Arianie. Begitu juga dia, mana yang saya tidak berkenan, dia buang.


Hattan bersama Adam Eiman,anak tunggal bersama bekas isteri pertama Arianie Mohd Abidin



“Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat dan saya tak nak ulang kesilapan itu,” katanya.


Pasangan ini berkahwin pada 17 Disember 1996 dan berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabuddin berkahwin pula dengan Farah Asyikin Othman pada 11 November 2011 dan bercerai 12 Januari lalu, manakala Ariani tidak berkahwin lain sejak itu.


Mengenai reaksi Adam, Hattan berkata, puteranya sangat gembira kerana itu yang didoakan selama ini. Kata Hattan, Adam tahu dia hanya boleh dengan ibunya.

“Daripada dulu lagi, dia tidak boleh terima saya keluar dengan wanita lain. Begitu juga apabila mak dia keluar dengan lelaki lain. Dia simpan rasa tidak senang itu dalam hati dan saya hanya tahu bila kami menunaikan umrah.


“Saya tanya apa doa dia depan Kaabah. Dia jawab minta mak ayah tak jadi kahwin dengan pasangan masing-masing. Kata-kata itu buat saya sedar dan sebagai bapa, saya sanggup buat apa saja demi kebahagiaan dia.

Bekas isteri kedua Hattan,farah Asyikin

“Seperkara lagi, bila berjalan-jalan dengannya di KLCC pada bulan puasa lalu, dia nampak seorang kanak-kanak berpimpin tangan dengan ibu bapanya. “Spontan dia sebut, kalau dia macam kanak-kanak itu, mesti seronok. Saya kehilangan kata-kata, sebak rasanya hati hingga menitik air mata.


“Adam satu-satunya anak saya dan Arianie. Kami bertuah ada anak yang baik, hormat orang, berjiwa tabah dan sangat berdikari. Pendek kata, senang dijaga.


“Jadi apa salahnya kami penuhi hasratnya,” kata Hattan yang kini terikat dengan komitmen juri tetap pertandingan Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3.


Hattan bakal rujuk semula Arianie,bekas isteri pertama, gambar hattan dan keluarga

Gambar kad kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil









Gambar kad kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil, farid kamil diana danielle kahwin 3 november, 


Resepi Sup Tulang Power






Resepi Sup Tulang Power

Bahan-bahan ( 10 org makan )
1 kilo tulang lembu
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih (di ketuk)
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
4cm halia
2cm lengkuas
3 btg serai
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili api
2 biji tomato potong 8
2-3 batang daun saderi
garam, serbuk perasa secukupnya.


Cara-cara

Tumiskan bawang putih, bwg besar, kayu manis, bunga lawang,pelaga, halia,lengkuas dan serai.

Tumis semua bahan-bahan sampai naik bau @ kekuningan.kemudian masukkan tulang dan tumiskan sekejap sebelum masukkan air.

Biarkan sampai mendidih kemudian masukkan sos tiram dan cili api. Rebus sampai daging tu lembut ckt baru masukkan garam,perasa dan perahan limau nipis.

Biarkan sebentar kemudian masukkan tomato, daun saderi dan daun limau purut. 

Biarkan didih dan sedia untuk di makan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...