Motivasikan diri sendiri.




Ingatlah,Allah SWT motivasi terbesar kita,selebihnya,gunakan akal fikiran  untuk membuat pilihan.










Jangan tunggu motivasi datang mencari kita..kita perlu wujudkan sendiri ia dalam diri kita.Berusaha!



Bajet 2013 Malaysia.






Bersyukurlah seadanya......suri penyemak rumah aka fulltime housewife tak dapat pape peruntukan ke? ekeke..its okey... well pagi2 tak payah ai nak menyemak mental kan, semalam dah terima hadiah kecil dari blogger  EQBAL ZACK  thank you boss.bertambah  koleksi mgnetic  utk ditepek pada fridge.








Thank You Allah | Maher Zain







Thank You Allah by Maher Zain


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.







Resepi Kek Pisang sedap dan mudah.







Resepi Kek Pisang sedap dan mudah.

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak 
gula secukup rasa [1cwn]
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum  
1 sudu teh baking powder 
 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:



1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.

2. Sediakan loyang 4 persegi. sapu nipis dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA

3. Kisarkan gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)

4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata .

5. Masukkan pisang yg tlh dilenyek, esen vanila dan air limau. Gaul sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau hingga keperangan.



*Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.


Amazing Tree House.

















Garfield owh Garfield.



Saya rindu pada Garfield.Saya membesar sebagai peminat rancangan kartun Garfields, satu ayat paling femes 'I hate Mondays' dulu, time nak start minggu baru,hari Isnin,mmg malas nak pegi sekolah..selalu tepek ayat tu kat Note book.



I hate Monday

Garfield Comics for October 27, 1981

Garfield Comics for March 23, 1981

Garfield memang ada masalah obes!

Garfield Comics for June 15, 2003

Garfield kena diet juga

Garfield Comics for October 13, 2001


Hurm..selepas di compare kan...hurm.. ai ade iras2 Garfield.. ekekeke



Terima hadiah dari Poise Malaysia.




Assalamualaikum readers. Last time saya ade story kan Menang 6bulan bekalan Poise, hari ni dah terima pun hadiah tersebut.Terima kasih Poise Malaysia,dah jimat untuk  banyak bulan tak yah beli kan..actually dia kata 6 bulan tapi bila tengok pada qty yg dihantar rasanya lebih lama boleh pakai.Suka suka..ngeee alhamdulillah.



Almaklumlah kekadang tu daripada duk bulat mata nengok advertisement menempel je kat facebook atau website ada baiknya ringan2kan tangan join sekali,sometimes tu bukannya susah sangat pun,simple2  je  cuma rajin ketidak melayan..tapi tengok mood jugaklah kan,last week ada menang Giveaway  blog Eqbal Zack,tapi hadiahnya belum terima lagi.

Kalau uolls jenis yang suka request Free Sample Product, LIHAT SINI dan SINI, saya akan update selalu.Till then,wassalam.


free sample product malaysia,sampel produk percuma,giveaway dan contest,hadiah percuma,sampel dan tester


Resepi Agar-agar kering .




LIHAT VIDEO

Resepi Agar-agar kering.

Bahan bahannya :

50g Agar Agar Tali
450g gula pasir
3 ketul gula batu
8 cawan air
Pewarna [ikut suka]
Perasa [ikut suka ]


Cara-caranya :

Panaskan air dan masak agar agar & gula batu
hingga larut
Bila dah larut masukkan gula pasir
Angkat dan tuang ke dalam bekas yg telah diletak pewarna & perasa
Gaul rata. Biar ia sejuk dan mengeras dahulu
Terap dan bentukkan ke bentuk yg anda mahukan.
Letak diatas dulang yang telah dialas plastik.
Jemur sehingga kering sambil itu balik balikkan agar kering sama rata




Lokasi sebenar penggambaran filem Lord of The Rings.



Lihat lokasi penggambaran filem Lord of The Ring yg terletak di New Zealand, memang cantik dan memukau mata.












Kenali baka Kucing Belaan Nabi , bermata unik.





Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seekor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.










[Video] Ustaz Don Daniyal - 4 Syarat Pakai Tudung Sempurna




Assalamualaikum.Tidak salah berfesyen dalam Islam asalkan mengikut syarat.Lihat video oleh Ustaz Don Daniyal - syarat pakai tudung sempurna ~ muslimah wajib baca. Bapa wajib ajar anak-anak.Suami wajib ajar isteri.Abang wajib ajar adik perempuannya cara dan syarat pakai tudung sempurna mengikut Islam..Kongsikan.Fikir-fikirkan dan selamat beramal.



4 Syarat Pakai Tudung Sempurna







15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran.





                                           INFO TERKINI

15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran.

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

  • Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

  • Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

  • Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

  • Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

  • Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

  • Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

  • Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

  • Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

  • Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

  • Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

  • Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”








[Video] Shila Amzah juara Asian Wave





Serius meremang  bila dengar Shila Amzah perfom..best terbaeklah.Tak caya tengok sendiri,sebelum ni mmg tak minat sgt Shila,tapi after tengok dia nyanyi lagu ni,terus terpegun...! Tahniah Shila Amzah.Saksikan video persembahan nyanyian dan kemenangan Shila Amzah dalam  Asian Wave 2012 .



 Cantik manis Shila Amzah bertudung @ berhijab. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...