Selamat pengantin baru kepada ustaz don daniyal dan pasangannya Husna.
Saling bermaafan bukan hanya di Aidil fitri.
Amalan saling bermaafan damaikan hidup bermasyarakat
*Assalamualaikum,entry ini 100% saya pinjam dari Portal Mukmin
Oleh Mohd Shahrizal Nasir
SIFAT pemaaf bukan saja menonjolkan peribadi Muslim berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi, malah turut mencerminkan keindahan Islam sebagai agama samawi yang meraikan fitrah kejadian manusia.
Hakikatnya, maaf adalah ungkapan amat mudah diucapkan tetapi sukar dipraktikkan. Al-Quran menjelaskan meminta dan memberi maaf antara amalan murni yang melayakkan Muslim mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah.
Firman Allah bermaksud: "Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 199)
Sesungguhnya sifat pemaaf sudah sebati dalam jiwa dan akhlak Rasulullah SAW. Walaupun celaan dan cabaran hebat dihadapi terutama ketika dipulau dan dihalau dari Makkah, Baginda membalas baik individu yang menyakitinya.
Apabila berjaya membuka kota Makkah, sebagai pemerintah yang sentiasa mendapat petunjuk Allah, Baginda tidak membalas keburukan yang diterimanya dulu.
Sifat pemaaf antara aset penting menyebabkan Rasulullah SAW dipandang mulia oleh masyarakat Arab zaman itu meskipun sebahagian mereka menolak ajaran Islam yang dibawa Baginda SAW.
Ketinggian peribadi Rasulullah SAW bersesuaian dengan tujuan diutuskan Baginda ke dunia iaitu untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak." (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam konteks kehidupan kini, meminta maaf dan sifat pemaaf perlu disemai dalam diri. Ibu bapa memainkan peranan penting menyemai nilai murni itu dalam diri anak supaya mudah dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Malu untuk mengaku kesalahan menjadikan amalan meminta maaf lenyap dalam diri Muslim. Ia membimbangkan apabila sentiasa berada dalam zon selesa, manusia berasakan kesalahan sesuatu yang biasa sambil mengetepikan hak dan perasaan orang lain.
Justeru, sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri Muslim. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah khususnya berkaitan kehidupan bermasyarakat.
Tidak dinafikan, amalan meminta maaf dan sifat pemaaf berkait rapat dengan ego manusia tergolong dalam kategori nafsu yang sentiasa mengarah kepada keburukan. Dengan ego menebal dalam diri, seseorang bersalah tidak sanggup berdepan dengan pihak yang teraniaya dan meminta maaf.
Sebenarnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Dengan bersabar, ego dapat ditundukkan, maka lahir perasaan mudah meminta maaf dan juga memberi kemaafan.
Tanpa tahap kesabaran tinggi dalam mendepani apa juga masalah dan cabaran, maka akan jauh manusia daripada amalan meminta maaf dan sifat pemaaf. Allah mengingatkan kita pentingnya sifat sabar dalam diri.
Firman Allah bermaksud: "Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." (Surah al-Ma�arij, ayat 5)
Firman-Nya bermaksud: "Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar." (Surah al-Anfal, ayat 46)
Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf patut menjadi budaya rakyat negara ini yang hidup dalam masyarakat majmuk. Bagi orang Islam, sifat murni itu perlu dipraktikkan sesama Muslim atau mereka berlainan agama.
Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan.
Firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali 'Imran, ayat 185)
Selain rasa tanggungjawab untuk meminta maaf kepada sesama manusia terhadap segala kesalahan dan keterlanjuran, kita juga bertanggungjawab untuk memohon keampunan daripada Allah pada setiap waktu dan ketika.
Tiada sesiapa pun di dunia yang bersifat maksum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) melainkan nabi dan rasul yang menjadi pilihan Allah sebagai contoh serta ikutan terbaik umat manusia.
Jangan mudah alpa dibuai keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang tidak jemu memohon keampunan atas dosa yang dilakukan.
Firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nisa�, ayat 25)
Memohon keampunan kepada Allah penting untuk mendapat keredaan hidup dunia serta akhirat. Rasulullah SAW ketika Saidatina Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mengetahui malam berlaku Lailatul Qadr, apakah yang perlu aku ucapkan pada malam itu? Bersabda Rasulullah SAW: Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku."
Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
*Salam aidilfitri untuk semua pembaca yang mengenali saya secara langsung atau tidak,saya ingin menghulur ampun maaf jika tersalah kata terlebih bicara.Wassalam.
Tanda-tanda kematian bagi orang Islam.
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
*Assalamualaikum,entry ini 100% saya pinjam dari http://www.tranungkite.net/teladan/teladan266.htm
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
sumber/kredit :www.tranungkite.net
Cara memecahkan mesin ATM
![]() |
| Keywoard minggu ni print screen kat my Nuffnang |
Search pada Google,ada tak jumpa cara-cara nak pecahkan mesin ATM? Saya terfikirlah kan,perampok mana duk menggugel [terover rajin] di bulan Ramadhan al-mubarak ni nak study cara pecahkan mesin ATM.
Al maklumlah lately kan banyak kes and story keluar paper and TV mesin ATM kena rompak ,kena gerudilah and paling lucu kena angkut ngan jentolak..adeiii pleaseeee lah bulan Ramadhan ni bang kakak..duk pikir ubah diri jadi soleh solehah lebih baiklah daripada duk mikir merampok duit rakyat ..kesian nanti kitorang takde duit raya nak cuncus bg bebudak .. AKAL ADA KA?
Juliana Evans vs Hana Tajima
Beautiful..!
vs
Beautiful...!
dua2 cantik ,cuba pilih satu mana lebih manis macam gula?
cantik itu kan subjektif,
berbeza beza dari pandangan mata dan takrifan hati setiap orang
ada orang pandang fizikal
ada orang pilih budi pekerti
tapi kan,
yang baik akhlaknya
selalunya mesti nampak lebih cantik...kan..kan..
*Entry tiada motif.. wink^ wink^
ngeeee
Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik.
Selalu sangat lihat wanita Korean dalam filem dan drama tu comel dan cantik2 sangat.Agak-agaknya kan,wajah tulus mulus diorang tu natural atau tidak ? kepada peminat fanatik drama Korea tu,percayalah yang wajah diorang tu dah buat plastic surgery,yang sebenarnya muka diorang tu biasa2 jer..hehe tapi kira boleh tabiklah sebab nampak lebih cantik dan tidak berlebih lebihan..kiranya kecantikan tu nampak cam ori lah kan.LIHAT VIDEO
Kisah mayat di gunung everest.
Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya adalah paling tinggi di dunia 8850meter dari paras laut. Dalam kegilaan ramai pendaki untuk menawan puncak Everest, ramai yang terkorban dalam misi tersebut.Bukan sesuatu yang mudah untuk membawa turun mayat mereka sekiranya kematian berlaku.Paras ketinggian dan laluan yang sukar mungkin akan terus membiarkan mayat mereka terbiar disitu selamanya.Macam=macam gaya ada..kasihan..!!
[Video] Iklan Raya Petronas terbaru yang sangat menarik!
Ramadhan ada di mana-mana,bukan di Malaysia sahaja,lihat iklan raya 14 minit dari Petronas yang sangat menarik. Lihat kisah rakyat Malaysia menjelang ramadhan di Uzbekistan.
Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life
While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.
[Video] Jahit T-shirt guna baju lama..sangat senang dan cantik!
Tools and Materials
- 6 different worn T-shirts
- Rotary cutter
- Ruler
- Cutting mat
- Stamps and fabric paint, or fabric markers (optional)
- Sewing machine
- Coordinating thread
- Fabric chalk or disappearing fabric marker
T-shirt Dress How-To
- Choose a T-shirt for the top of the dress; cut off bottom 2 inches below the armpit.
- Cut 3-inch-wide horizontal strips from 5 different T-shirts. (Tip: Cut strips, then trim off side seams to make two 2 strips of each T-shirt -- one for front, one for back of dress.) Cut one strip from the bottom hem of a T-shirt to make the bottom of the dress.
- Optional: Embellish the strips with stamps and fabric paint, or draw and write on the strips with fabric markers.
- Place one strip on top of another, wrong sides facing, and sew together strips with a 1/4-inch seam allowance; repeat until all strips are sewn for the front and back. (The seam will be exposed.)
- To cut the A-line shape of the dress, layer and center the strip panels below the dress top. Mark each side of top of strip panel, 1/4 inch out from sides of shirt. Measure straight down to hem and mark bottom strip on left and right 1.5 inches out from each point.
- Making sure dress bottom pieces are centered and matched, cut each side from top to bottom point.
- Sew the front and back together with side seams, with right sides facing. Start sewing at the bottom of the skirt to make sure the sides of the hem line up; take time to ensure that the exposed seams are laying correctly and matching up as you sew.
- Invert the dress top inside the skirt to sew the two together. (The seam will be exposed, matching all the other seams.)
Sedapnya telur semut..cubalah!
Masyarakat Indochina seperti Laos dan Vietnam menjadikan telur semut hidangan istimewa.Menu lazat sup telur semut diambil dari semut spesis Weaver Ants yang banyak terdapat di negara tropika.Di Thailand ia dikenali sebgai Gaeng Kai Mot Daeng,mereka percaya sup ini mempunyai khasiat tinggi utk kesihatan manusia.Harga makanan ini sangat mahal kerana semut tersebut hanya boleh diperolehi ketika musim panas,ia bertelur pada musim tersebut bagi mengelakkan telur rosak jika terendam dalam air hujan.
Selain dibuat sup,ia juga digunakan dalam hidangan lain seperti campuran telur dadar dan juga salad.Rasanya lebih enak jika dimakan secara mentah.Masyarakat wilayah itu percaya amalan memakan telur semut dapat menyejukkan panas badan ketika musim panas tiba.Ia juga mempunya kandungan protein yangtinggi berbanding ikan,selain dapat merawat penyakit malaria
Di Assam,India pula masyarakatnya menjadikan telur semut sebagai hidangan istimewa ketika menyambut perayaan Bohag Bihu.Makanan istimewa mereka dinamakan Amlori Tup.Ia adalah hidangan telur itik dicampur telur semut.Ini makanan wajib bagi mereka kerana ia melambangkan datangnya musim perayaan menanam padi.
Masyarakat Dai di Yunan China juga menjadikan hidangan ini istimewa di musin panas.Mereka percaya ia dapat menguatkan sisitem imunisasi tubuh dan sistem pencernaan,serta menghalang seseorang dari terkena wabak penyakit merbahaya.
Di Mexico,masyarakatnya menjadikan telur semut sebagai hidangan Escamoles,yang merupakan hidangan kegemaran mereka hanya boleh dinikmati pada musim bunga.Ini kerana semut jenis Liometepum bertelur dengan banyak pada musim itu dan rasanya yang manis serta berperisa keju.
Adakah telur semut selamat dimakan manusia,benarkah ia mengandungi kebaikan seperti yang diperkatakan ? Menurut pakar,pengambilan telur semut tidak membahayakan manusia kerana ia tidak mengandungi sebarang unsur kimia.Sememangnya ia mempunya kandungan protein yang tinggi,jika kita makan telur semut ia seakan sama dengan mengambil protein dari sumber lain.Bagaimanapun,dakwaan yang mengatakan ia dapat mengelakkan atau merawat penyakit merbahaya masih belum dapat dibuktikan.
Kutu pemakan lidah..geli dan ngeri !
Ini kisah benar.Ngeri rasanya bila dengar kisah lidah dimakan kutu...ishk ishk jgn risau,dia makan lidah ikan jer.Cymothoa exigua atau kutu pemakan lidah adalah sejenis parasit Crustacea, ukurannya lebihkurang antara 3-4cm. Parasit ini menempel pada bahagian dasar lidah ikan dengan masuk melalui insang.
Jika parasit ini menempel pada lidah ikan ,kemudian ia akan mulai menyedut darah melalui kukunya yang terdapat di bahagian depan kakinya, sebagai parasit 'Cymothoa exigua' tumbuh dengan mengambil darah dari insang ikan tersebut hingga lama kelamaan organ tersebut kekurangan darah. Ketika darah dari organ tersebut habis maka parasit Cymothoa exigua akan menggantikan tubuhnya sendiri pada otot2 lidah tersebut dan bekerja menggantikan lidah yang telah tidak berfungsi. Oleh kerana parasit ini tidak menyebabkan kerosakan lain pada ikan, ini adalah satu-satunya kes parasit yang menggantikan fungsi organ milik ikan.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































