| cik tiemah.blogspot.com |

Liam Neeson | bintang Hollywood masuk Islam.




Aktor Hollywood Liam Neeson, penganut Roman Katolik mengakui azan telah meresap kedalam jiwanya,dan mempunyai niat memeluk agama Islam.Alhamdulillah.Semoga Allah memberinya hidayah untuk menyempurnakan  niat murni tersebut. Seterusnya baca sini.



ini dia  statement beliau dalam dailymail. Lagi baca cerita di sini. what say you ?




dunia hari ini | aku membebel.



 

Assalamualaikum.Terlebih dahulu,semua orang duk sibuk2 pasal flashmob sekarang ni.ape kebendanya?tengok sini. Pastu tengah duk kecoh2 jugak tang bunyi pelik2 jadi kat Sabah.Seram i tau..Hadoii..macam2 sekarang ni kan,dunia dah tua,dah dekat hari kiamat? takut saya..

Nak bebel ape tak tahu sangat,dah berapa hari memang tak berupdate blog..bersawangnya belum lagi..sebenarnya cuti panjang,sempat balik rumah mak mentua,mak mentua sempat bercerita,peristiwa terjumpa mayat di tepi sawah padi,ishk ishk..last time saya balik kampung rumah mak sendiri,bapa saya pulak story rumah si polan dekat2 jer umah kami dah meninggal dunia 3 hari baru ketahuan dek orang..aduss..al-fatihah sudah..pening pulak macam2 perkara berlaku sekarang ni.

Ni sedang bercuti panjang di rumah emak saya,walaupun rumah kosong,emak ayah saya bercuti ke Pasir Mas rumah kak Long .Saya sanggup melepak2 kat sini sambil tunggu emak balik beberapa hari lagi.Bosan tahap gaban toksah ceritalah kalau emak kita takde.Perasaannya sama macam kita belum kahwin jugak.Emak sentiasa menjadi insan terpenting dalam apa2  keadaan pun.Kalau takde emak rasanya tak chill - tehehe - rasa nak demam jer.. ada korang camni?

Sebenarnya memang saya rasa kurang selamat tinggal di rumah sendiri.Banyak kejadian tak disenangi kebelakangan ni.Lebih2 lagi sebelah rumah disewa budak2 lelaki bujang yg memang lain macam perangainya,bawak pompuan keluar masuk- sesuka hati..paling best,baru2 ni tuan rumah duk call bertanyakan orang sebelah tu dah lama tak bayar sewa.Bila call semua tak dapat.Oleh kerana kami tak nak masuk campur,kami suggest kat tuan rumah datang sendiri kerumah diorang ni....Hari tu balik dari kampung,sampai rumah..memang hangin satu badan bila tengok pintu rumah kami kotor kena lempar dengan tanah lembik cam tahik lembu..kalau korang lah kan.. agak2 sape yang buat? naik angin tak? tehehe...Allah ada,hukum karma pun ade jugak.. wasalam.





Gambar baby girl | Serina Redzuan.




Comel sangat newborn - Isabella Saffiya. Anak kedua Serina Redzuan dan husband Gavin O' Luanaigh. Dilahirkan semalam dengan berat 3.3kg.Dapat sepasang dah,tahniah Serina ~Yang bawah ni pula anak pertama Serina , Tristan Tareef ~pun cute sangat , suke! LAGI GAMBAR TERBARU DISINI.


mak ayah cumel - anak2 pun cumel -




komik merapu! | Si bunga Ω kumbang.




"ini kisah si bunga Ω kumbang "







 

Ugly Betty | Desperate Housewifes



Saya rindukan betty. Betty Suarez - aka America Ferrera.Dia cool,dengan bracess nye. hah yela sangat - she's smart,hardworking and clumsy gurl..however she's not thin..she's not beautiful like all her officemate at Mode..but Betty super sweet.. jangan kutuk Betty,saya sayang Betty - emo tehehe ... dah sah2 tak dapat tengok Ugly Betty sebab siarannya mmg dah ditamatkan...dun worry..ulangan bersepah kat You Tube..=( story Betty sgt memberi inspirasi pada saya untuk terus berasa cantik walaupun diri ini biasa2 saja..!! tengok sini lagi best!



Sayalah Housewifes yang tak desperates.Tapi saya desperate nak tengok season final supposed dah tayang dah kat 8TV..mana dia?mana..mana..nak jugakkkk berjanggut ku menunggu cam ayam tercabut bulu dah ni..Ladies,its time for  Final truth .. ofkos la my feveret one Eva Longoria aka  Gabrielle Solis.Memang best sini ada lagi!




*entry tergantung ~ sehh ~ saya blogger entry pendek..harap maklum!
 

Wardina Safiyyah | kecewa kena fitnah.




Saya memang peminat Wardina,dari dulu sampai sekarang.Memang simpati bila dapat tahu  musibah melanda baru2 ni,rumah Wardina kena rompak.Tapi bila baca story ni , rasa kesian kat Wardina sebab kena fitnah lagi time2 sedang bersedih ni,sabar sajalah Wardina.

Beliau kecewa selepas difitnah penulis blog tempatan yang menuduhnya sengaja mengada-adakan cerita mengenai rompakan di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, 12 Januari lalu.Hadoi...takkanlah story begini nak dicipta segala hanya untuk meraih publisiti? Orang sedang ditimpa musibah,sepatutnya kita sama2 doakan Allah tabahkan hati dan kuatkan semangat menghadapi dugaan macam ni,bukan ambik peluang untuk  tambahkan duka,mungkin penulis blog tersebut sengaja nak naikkan trafik  atau memang berdengki agaknya.well - tak chill lah macam ni ..kesian Wardina,sabar ye dear.Baca lagi ada story best kat sini.



Pesanan terakhir izwan pilus.




Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.Baca sini.
“Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang di sayangkan saya dan meminta saya untuk menjaga mak dan ayah.
Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7) itu berkata, penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga. Baca story sebelum ni. sini juga ada lagi cerita.



Ngeri | tak sedar paku dalam kepala!




Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia guna- kan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di negeri Illinois.Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut.Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku.Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala.Autullo terkejut selepas pemeriksaan imbasan sinar-X mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya.Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku tersebut. Sumber.Lagi story best sini.



*macam - macam =P



Your One In A Million | Bosson







Your One In A Million
by Bosson

Your one in a million
Oh Now
Your one in a million
Sometimes love can hit you everyday
Sometimes you can fall for everyone you see
But only one can really make me stay
A sign
From the sky
Said to me

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
You smiled, there you were, and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me

You're one in a million
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You made me discover one of the stars above us

In the beginning I was cool and everything was possible
they tried to catch me but it wasn't possible
No one could hurt me it was my game
Until I met you baby and we're the same
And when you didn't want me, I wanted you
Because the finer thing about it was I like the show
I like it when its difficult, I like it when its hard
and You know it's worth it ,that you found your heart

You're one in a million
You're one in a million




Yang pergi dan kisah hilang cinta | izwan pilus | rita rudaini | abby abadi.





Al- fatihah untuk allahyarham Izwan Pilus ,Takziah untuk keluarga beliau atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus yang telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di hospital Ampang.Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.15 petang semalam.Arwah juga abang kepada Aril AF7. Lagi story sini.



Comelnya anak-anak rita rudaini dan aidil zafuan.Aidit rayyan rizqin dan Airit Qaqa arjuna. Tak suka nak story gosip-gosip pelbagai tapi simpati juga dengan rumahtangga mereka yang penuh kontroversi since awal perkahwinann lagi.Suka faced rita sebab mmg nampak younger than her age.Terkini kisah isu surat tuntutan yang diterima Rita dari suaminya.Apa kes? bacalah sini .Apapun,doakan sajalah yang terbaik untuk mereka. Klik sini untuk dapat hadiah.



Ini pulak kisah cinta yang retak.Kesian Abby abadi dan Zul ariffin. Suka pipi chubby abby - dia pun skit2 manja tehehe sometimes over pulak manjanya tewww. Abby  u jangan  merana sangat yer, jangan sampai tergugat keayuan  wajah mu itu,single  pun boleh survive aper,buktikan dear! - tapi bengang gak ,statement Zul biasa2 jer..sabar ajelah kan..kat sini ada story best pastu jom lepak di  blog abby abadi. 



*Selamat bercuti semua..Happy CNY juga..jangan terlebih makan limau okey..nanti tak keluar suara kau yang susah tehehe....!



Ally Iskandar dan Farah Lee | Selamat pengantin baru.





~ so sweet  ~ 



Tahniah Ally Iskandar dan wife Farah Lee,bukan lagi gosip,mereka berdua dah selamat jadi suami isteri,status facebook MHI TV3 pagi ni mengesahkan Ally bakal menikahi Farah Lee di Masjid Kristal ,Kuala Terengganu. Jumaat yang mulia ni pasti meninggalkan memori cinta terindah untuk mereka. Sweet ~  saya suka pasangan comel  ini dan mari sama2 doakan kebahagian mereka hingga keakhir hayat. Jom baca gosip mereka sebelum ni . klik sini  pun ada juga.layan gambar  terbaru mereka. credit gambar beautifulnara .








Bersyukur pada Allah | bersihkan hati.





Assalamualaikum kawan² , semoga hari yang mulia ini semuanya baik² saja.Straight to the point ~ pernah tak korang sentiasa teringat sesuatu perkara silam, perkara yang menyedihkan ~ dah macam terpahat dalam minda susah nak buang? Saya ada.

ini serius best,jom tengok!

Memang serius terharu bila teringat dua kawan sekolah,merangkap jiran dan saudara,kawan bermain,mmg kamceng - meninggal dunia  kerana  jadi mangsa sengatan lebah - dek kerana kenakalan budak2 lain.Budak2 nakal ni lempar batu pada sarang lebah pada pokok rambai,kebetulan yg diserang arwah adik beradik hingga bawa maut.sedihnya,masa tu cuti sekolah next yearnya kami bakal naik darjah 4. Hilang sudah kawan bermain pagi dan petang.Sampai sekarang saya tak boleh lupa tragedi tersebut,lebih2 lagi kisahnya waktu tu tahun 1989 ada disiarkan dalam Majalah 3.menitis air mata bila teringat mak bawak saya ziarah jenazah arwah  berdua.Lepas tu 2/3 hari jugalah saya demam kesedihan.Ini memang tak boleh lupa! al- fatihah ..


Lain cerita dengan ini,saya tak boleh lupa sampai sekarang.Pernah kena tipu putar alam dengan kawan baik sendiri tak? Pernah.Memang luka hati saya.Semester terakhir nak abis study,buat projek final paper autocad.Partner saya-merangkap kawan baik since 1st sem lagi ni - anak datuk kat sebuah negeri pantai timur.Curi pendrive saya dan copy hampir 90% assmt saya,bila dah submit baru tahu,lecturer sy beritahu.Sampai sekarang dia tak pernah contact saya,apatah lagi minta maaf kat saya.paper tu saya dapat A,for sure dia dpt A jugak.walau di mana dia berada sekarang ni,ingatlah hidup umpama roda,semalam hari saya,mungkin sehari dua lagi turn kamu..


Macam2 jenis orang dalam dunia ni kan,penyakit hati bukan hanya di dunia luar sana ,tapi dalam  dunia blogging pun ada juga..pendek kata,yg penting hati.. saya terfikir,kalau Allah boleh ambil nyawa kawan2 baik saya diwaktu usia muda...bersyukurlah dengan bersihkan hati kita ,bersyukur kerana Allah panjangkan usia kita hingga kehari ini.Jangan berdengki2.. tak ada maknanya!tak hot..tak chill ~





Unbreak my heart | Tony Braxton







Unbreak my heart
by tony braxton

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms to hold me now
The nights are so unkind
Bring back those nights when I held you beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

Take back that sad word good-bye
Bring back the joy to my life
Don't leave me here with these tears
Come and kiss this pain away
I can't forget the day you left
Time is so unkind
And life is so cruel without you here beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Bring back the nights when I held you beside me

Un-break my heart oh baby
Come back and say you love me
Un-break my heart
Sweet darlin'
Without you I just can't go on
Can't go on....



Wordless Wednesday #21




Susu punyer cerita | Jom relaks!


ini tiada kaitan dengan botol atau lembu!


Al kisahnya dalam sebuah kampung ada seorang benggali kerjanya menjual susu.Pada suatu hari,dia mendapat satu idea bagaimana nak dapat untung lebih.Maka sebelum susu dihantar  ke rumah pelanggan,si benggali ni telah berhenti di tepi sebatang sungai.Dia telah mencampurkan air sungai kedalam setiap botol susu.Pada keesokan hari,seorang pelanggan bertanya kepada si benggali ni,

Pelanggan : Apa pasal susu punya dalam semalam ada itu kecik punya ikan?

Benggali : Lu hah, satu ringgit sama itu susu,apa lu mahu besar punya ikan ka?

Pelanggan : ?????

Si Benggali cabut lari.




*ketawa penawar duka,jangan stresskan diri anda,cari medium yg tepat utk relakskan minda!



Hasil eksperimen | keywoards dan entry gambar.



Assalamualaikum.Apa yang merapu ni? eksperimen sains yer? Macam ni, konon² sedang menaiktaraf pengetahuan tentang teknik SEO,cuba sikit² dan perlahan². Nak tengok saya cepat tangkap tak apa yang di baca.SEO..konon² nak bagi up trafik..perasan koya semua ada aku ni.Takpelah cakaplah daku syok sendiri. =P  jelir lidah sudah tehehe

Macam nilah kawan², beberapa bulan lepas,saya sengaja publish entry takde motif, ada 3 semuanya,letak title dan gambar² sahaja..nak buat eksperimen kononnya.Saya publish ini , gambar upin & ipin , gambar hantu , the most beautiful flower in the world , letak tajuk dan gambar dengan nama sama yang spesifik, contohnya jika post title gambar upin ipin,gambar² yang saya letak disitu pun saya saved dengan nama yang sama,gambar upin ipin jugak. Saya nak tengok hasilnya pada search keywoards,adakah menjadi ekperimen saya buat ni?

Nak tahu hasilnya setelah beberapa bulan ? ini hasil pada  statistik akaun gmail atau  belog saya ,


surprise!! hanya keywoards gambar upin ipin itupun 3 kali search jer..

Ini pula hasil pada statistik Nuffnang ,


tehehe tak mencapai matlamat,serius failed,saya tak paham lagi apa itu nak bg match keywoards dan gambar entry,dah sah² kena baca lagi,baca dan baca.. membaca itu jambatan ilmu..ya,saya sokong dan percaya akan itu sekarang! Ternyata saya malas membaca tips SEO hurm =(

Sesiapa yang teror dan otai SEO tu,tolonglah bagi saya paham..boleh sharing tak ilmu tu sama².. sharing is caring kan,sharing is also power kan..bagi2 lah sikit ilmu di dada tu..banyak pahala..




Misteri Gua Kristal | gua Kryptonite Superman ?


Memang serius terkesima. Ini memang mirip gua Kryptonite dalam cerita Superman.Pemandangan gua yg indah ni sebenarnya berada beratus kaki bawah tanah di “The Chihuahua Desert”  Naica, Mexico. Suhu di sini bukan sejuk macam seperti mata kita bayangkan,tapi sebenarnya panas ,kira-kira 44 darjah Celsius !Jom menjamu mata dengan keindahan ciptaan Allah.


 Kristal terbesar yang ditemui di Naica berusia 500,000 tahun.



Anda rasa,kristal2 ini keras dan tajam atau lembut bila di sentuh  ? cuba teka..
hehe saya serius tak tahu,ada sumber kata keras ada pula kata lembut..cuba gugel!



Gua misteri ini ditemui kira2 sepuluh tahun yang lalu oleh sekumpulan pelombong.


Dianggarkan, ketulan batu yang paling besar seberat 55 tan.



Ini antara keajaiban alam yg Allah ciptakan.


Subhanallah,sentiasalah kita memuji kekuasaan dan keindahan ciptaan Allah SWT.


Kawasan gua yang dipenuhi ketulan kristal gergasi itu telah ditutup dan dikawal rapi oleh pihak berkuasa Mexico.


Setakat ini, tiada siapa yang tahu kisah seterusnya mengenai gua tersebut.


Amacam? sama takkk.. hehe dah kata dah..


Bestnya blogging | dengan Nuffnang & Churp-churp


Assalamualaikum murid -murid. Kehkeh perasan cekgu kejap..Murid-murid,cekgu nak tanya ni,tahu kan apa tu Nuffnang ? Churp-churp  pun tahu jugakkan ? Belum daftar  Churp churp ? daftarlah sekarang DI SINI  , ia tidak mengganggu status Glitteratti Nuffnang anda. Nak tahu cara mudah letak iklan churp-churp dalam blog anda,macam saya punya kat atas tu? senang jer KLIK SINI.

Best sangat ke berblogging sambil duk semput marathon kejar2 kempen Nuffnang dan Churp2 ? Inilah jawapannya. Klik gambar bawah ni nak tengok kasi jelas sikit,

inilah hasilnya saya berblogging sambil ber Nuff -nuff selama setahun lebih ,rasanya saya register Nuff bulan Oktober 2010.Sampai la ni sy tak pernah cash out earning ,sebab dah obses nak bg tabung banyak sikit..mula2 mmg semput..nak dapat RM20 sebulan pun payah..Bila Buffered earning mula menapak,barulah boleh bernafas!

Lepas tu bila cari informasi lebih sikit cara nak tambah earning,mesti kena bagi trafik up lebih skit kan,mulalah ambik langkah touch up rupa paras blog,baiki post entry,guna SEO mana yg pandai,tunggang tebalik la jugak..blogwalking seluruh alam ..nget nget cam nak pitam kejar earning.. ekeke

Lain story dengan churp2,saya rasa sangat rugi sebabnya,saya reg sama tarikh  saya register Nuffnang,tapi lepas tu tak ambik port sgt kat churp2 sebab rasa ia agak memenatkan dan lama2 langsung lupa kat Churpie.Baru seminggu lepas saya teringat balik kat si churpie ni cuba2 aktif dan update.Serius,earning churpie bagi lebih memberangsangkan,kelebihan kalau ramai friends facebook dan ramai follower twitter,Insyaallah rajin update,banyak  lah dapatnya.Memang rugi bila teringat hampir setahun lebih saya tak active Churpie =(

Ini earning 5 hari dari kempen  Churpie, daftarlah sekarang DI SINI  
Sekarang,saya dah jarang nak berblogging, sebab anak2 mula tunjuk ragam bila ibunya mengadap lappy saja,jadi sebelum ber online ini menjadi faktor penderaan emosi anak2 saya,adalah wajar saya  berblogging hanya ketika bunga dan kumbang tidur.Tidak mahu kehilangan emosi anak2 hanya kerana berblogging.Rasionalnya,jangan terlalu obses mencari income hingga keseronokan berblogging hilang. Chill 



 
*anda compare sendiri earning dari Nuffnang dan churp churp,mana lebih berbaloi.
What say you?






Farah Lee | calon isteri Ally Iskandar





Saya rasa mereka berdua sangat sepadan.Farah Lee sangat comel. sweet gitu - semoga bahagia hendaknya.Amin.Katanya 20 januari  adalah tarikh istimewa - betul ker ? Lagi story mereka.



Kes dera | kasi cuci dan sidai!



Kasi tangkap sembilan ekor semuanya.Jangan bagi lari seekor pun!
Kasi campak semuanya dalam washing machine.



Jangan ragu-ragu ..kalau dia jerit buat2 tak dengar sudahh..Kasi putar 15 minit!



Spin skali labu..pastu kau sidai deyall tunggang tebalik cam gini..kat belakang dapur
hah kau..pening kepala yer..takpe nanti telan panadol 2/3 biji..




okey..siap sudah..dah macam jual bundle dah neh!!

Siap sudah sesi mendera dan mendobi 9 ekor soft toys my lil dotter cupi cira.Lepas ni nak gigit2 sampai lencun pun dah boleh!!




Wordless Wednesday #20






Hadiah comel | untuk si gadis comel.



Assalamualaikum.Ini hadiah2 comel untuk si gadis2 comel juga..baca sini , haa nilah dia dah packing nak bagi gadis2 sunti ni.Harap2 theyall suke - baru sempat ni nak kasi postage..!


2 hadiah untuk 2 gadis comel =)

ini untuk Farahin Ulfa - visit blog ulfa -student UITM  Kuala Terengganu ,
kebetulan ulfa baru celebrate bufday,so bg present ni kat dia.


ini untuk Nurmujahidah - The lady Warrior
or bley click kat feed atas tu utk lepak di blog muja =)
Masukkan skali brooch dalam beg comel beli dari Beijing,China.


Siap untuk postage utk Muja,harapnya tak rosak brooch 2 dalam tu.
Untuk Ulfa bg by hand coz she is my lovely cousin,
hopefully tak lama lg bley jumpa kat kampung.

*Harapnya adik2 akak yg cute tu suke hadiah simple dari akak okey - zasss!!
Dah terima sila inform yer!